Saturday, July 26, 2008

KEDAH MAHU EKSPORT IKAN PATIN, KELI

BALING Kedah merancang untuk membangunkan kawasan ternakan eksport ikan patin dan keli terutama untuk pasaran Asia Barat.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata,kerajaan negeri sedang berbincang dengan sebuah syarikat dari Amerika untuk menjalankan projek komersial itu di Tasik Pedu yang melibatkan kos sebanyak RM13 juta.

"Kerajaan negeri sedang berbincang untuk melaksanakan projek itu dengan sebuah syarikat bagi menjadikan Kedah negeri pengeluar ikan patin dan keli," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran tanah kepada 29 penduduk di daerah ini, di sini hari ini. Katanya, selain pasaran Asia Barat kerajaan negeri juga yakin produk tersebut akan
diperluaskan ke negara-negara lain.

"Kita berhasrat untuk menjadikan Kedah negeri pengeluar ikan patin dan keli terbesar dalam negara ini," ujarnya.

sumber : utusan Malaysia, Selasa 13 MEI 2008

Saturday, July 12, 2008

Progress 3: Pelepasan Benih




Benih ikan keli selamat dilepaskan pada 11hb Julai 2008. Alhamdulillah setelah puas bertungkus-lumus menyiapkan keperluan kolam serta menangani beberapa masalah, akhirnya benih berjaya dilepaskan. Buat masa sekarang segalanya berjalan dengan lancar.

Friday, July 11, 2008

Progress 2: Penyelesaian Masalah Dan Penyediaan Teknikal










Pada suatu hari, kami dapati salah satu dari kolam kami telah runtuh akibat bebanan berat air yg menolak palang besi keluar hingga menyebabkan ia bengkok. Dari situ kami dapati bahawa terdapat sedikit kesilapan didalam teknik pembinaan kerangka untuk kanvas kami.

Jadi kami mencari alternatif lain untuk menyokong kolam kami disamping menjimatkan kos kerana pembinaan semula kerangka akan menelan perbelanjaan yang agak besar. Setelah perbincangan dilakukan kami mengambil keputusan untuk bergotong royong membuat tiang sokongan sementara untuk kolam kami daripada buluh.

Disamping itu, kerja-kerja menyediakan alat2 bantuan lain seperti pengepam angin, net pelindung turut dilakukan.

Masalah kedua muncul apabila kami dapati air yang kami takung berPH agak tinggi dan tidak sesuai untuk melepaskan benih. Jadi kerja mengepam keluar air dan mengisi air baru dilakukan dengan segera sambil mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah PH air.

Lalala Kerjalah...






Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang menolong kami secara sukarela sepanjang prosess kerja-kerja dilakukan. Jasa anda tetap kami kenang!

Progress 1: Pembinaan Kolam



Pembinaan kolam kanvas di Gelam