Thursday, January 8, 2009

Gaya Pemakanan Organik

Baru-baru ini kita sering dengar tentang pemakanan organik. Didalam dada akhbar dan juga media massa sering kali membuat liputan tentang pemakanan organik. Di negara barat terutama di negara eropah yg maju dan di USA, gaya pemakanan oganik adalah adalah biasa dan telah lama wujud. Apa yg org barat pentingkan adalah kesihatan. Itulah tujuan pemakanan organik yg sebenarnya. Gaya pemakanan organik adalah gaya pemakanan yg sihat. Jadi setiap sumber makanan mereka adalah dari sumber pemakanan organik. Di negara kita antara celebrity yg mengamalkan pemakanan organik adalah Sazzy Falak.

Apakah pemakan organik tesebut???

Organik boleh juga didefinisikan sebagai sumber yg asli. Pihak Kesihatan pernah mengeluarkan kenyataan tentang ayam daging yg dimakan kebanyakan kita seharian, ayam tersebut disuntik dengan chemical yg membolehkan ayam tersebut menjadi cepat besar dan dijual. Untung dulu baru kira sihat. Ini adalah salah. Kesannya kepada kesihatan sehingga memboleh bawa mudarat seperti kanser dan lain-lain penyakit. Maka lahirlah ayam organik dari HPA dengan produk seperti Radix Fried Chicken. Dari segi kesihatan, ia amatlah baik. Tetapi adakah pemakanan organik ini terhad kepada ayam tersebut sahaja??? Sebenarnya TIDAK. Oleh kerana kurangnya promosi, sumber makanan organik di negara kita sukar diperolehi padahal hakikatnya pasarannya di negara kita amatlah luas. Soal harganya pula, hanya tinggi sedikit berbanding dengan yg biasa tetapi ianya amat berbaloi untuk kesihatan.

Di negara kita sebenarnya pemakanan organik amat dituntut oleh doktor2 dan pakar pemakanan.

Mengapa pemakanan organik???

Secara amnya semua orang tahu tentang pemakanan organik untuk kesihatan. Kenapa??? Sebabnya pemakanan organik ini mempunyai protein yg tinggi, bebas bahan kimia, rendah lemak, omega 3 yg tinggi, dan zat2 lain yg baik untuk kesihatan.

Kenapa keli kanvas adalah organik??

Klasifikasi organik sesuatu ternakan bergantung kepada sumber makanan yg diberi kepada ternakan. Maksudnya, utk menghasilkan ternakan yg organik, sumber makanan yg diberi kepada ternakan perlulah berasal dari bahan yg organik juga. Contohnya palet ikan keli. Palet ini berprotein tinggi dan rendah lemak serta dibuat dari campuran bahan-bahan organik serta bebas kimia. Hasilnya, ikan yg membesar dengan pemakanan berkhasiat itu akan menjadi ikan yg lebih berkhasiat serta jauh lebih bermutu (kurang hanyir dan lemak) berbanding ikan yg dibesarkan dengan makanan seperti perut haiwan, bangkai ataupun najis haiwan lain.

bersambung....

Sunday, January 4, 2009

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah dan Tahun Baru 2009

Alhamdulillah kita masih bernafas utk terus mengecapi nikmat Allah S.W.T ditahun baru ini. Tidak kira baik atau buruk tahun 2008 atau 1429h yg kita lalui, anggaplah ia sebuah ujian dan nikmat dari Illahi dan bersyukurlah diatas segalanya.

Seperti biasa, sesebuah tahun baru akan menjadi satu titik permulaan untuk sesuatu azam yg semestinya untuk kebaikan. Kita digalakkan berhijrah supaya masa depan kita lebih baik. Hijrah dari keburukan ke kebaikan, dari baik kearah yg terbaik. Diharap kemelesetan ekonomi yg membelenggu kita kebelakangan ini menjadi pendorong untuk kita berusaha lebih gigih untuk keluar dari belenggu tersebut.

Seperti semua sedia maklum, keadaan ekonomi dunia yg tidak menentu selama ini menjejaskan byk sektor di Malaysia. Dijangkakan ditahun 2009 ini, keadaan ekonomi dunia akan bertambah parah. Tetapi rakan-rakan ternak sekalian harus sedar bahawa antara salah satu sektor yg kukuh dan kurang terjejas adalah sektor pertanian (makanan). Ini kerana makanan adalah satu keperluan dan permintaan terhadap bahan makanan tetap tinggi walau apa situasi sekalipun. Jadi ini adalah kelebihan kita yg berada didalam sektor ini. Jika kita gigih berusaha, walaupun secara sampingan, bidang pertanian sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk keluar dari belenggu kesan dari kejatuhan ekonomi kini.

Jadi diharapkan lebih ramai orang melayu melibatkan diri didalam pertanian dan sama-sama kita membina rangkaian bumiputera yg berdayasaing serta maju dari segi ekonomi dan tidak mustahil suatu hari nanti bidang pertanian dimonopoli oleh bumiputera. Pada masa itu kita dapat membantu menaikkan taraf ekonomi bangsa melayu kita selain membuka minda mereka untuk berusaha dan tidak terus ditakuk dan pemikiran yg lama dimana kebanyakan orang melayu cepat merasa "selesa" dgn apa yg ada.

Bukan hendak menjadikan melayu tamak, tetapi hakikatnya tanpa kuasa didalam ekonomi, kita takkan mampu membantu bangsa serta agama kita sendiri malahan lebih teruk, mungkin ditindas oleh bangsa dan agama yg mempunyai kuasa ekonomi. Seperti yg berlaku didunia masa kini, Amerika serta yahudi amat berkuasa kerana kekuatan ekonomi mereka dan mereka sesukahati melakukan apa yg mereka mahu. Jika dilihat didalam negara kita pula, perkara sama turut terjadi cuma tanpa disedari oleh segelintir kita.

Jadi diharapkan 1430 hijrah dan 2009 ini menjadi titik permulaan untuk bangsa melayu bangun dan berhijrah untuk sesuatu yg lebih baik. Demi menaikkan serta menjaga agama serta bangsa kita. Keluar dari rasa "selesa" yg realitinya tidak selesa. Kita sepatutnya merasa selesa hanya bila agama dan bangsa kita terbela. Selesa melihat rumah-rumah yg besar dihuni oleh saudara-saudara kita. Tiada lagi yg tinggal dipondok-pondok buruk. Selesa melihat agama kita terbela dan azan-azan terus dilaungkan. Selesa melihat anak dan cucu kita selesa. Itulah erti KESELESAAN yg akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yg berusaha, bertawakal dan tidak berputus asa. Marilah kita sama-sama berazam untuk masa depan agama dan bangsa kita yg lebih cemerlang. Kami di KeliTiga ingin mengucapkan selamat menempuh tahun baru dengan azam yg baru. Semoga Allah S.W.T memberkati kita semua. Insya-Allah.