Thursday, September 18, 2008

Silalah Ke Kolam Kami

Jika ada kesempatan silalah datang ke kolam kami di Gelam (bersebelahan Restoran Laksa Gelam yg popular suatu ketika dahulu). Perjalanan mengambil masa kira-kira 15-20 minit dari Alor Star. Kepada penduduk Kedah khasnya, kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk lawatan ataupun boleh kita bertukar-tukar pendapat dan peluang perniagaan. Secara tidak langsung dapat meluaskan lagi rangkaian kita untuk lebih peluang perniagaan. Insya-Allah.





Papan tanda ini boleh dilihat dari tepi jalan sbg rujukan ke kolam kami






Semasa proses meng"gred" dan menganalisa ikan kami


Jika anda berminat untuk datang ke kolam kami, sila hubungi kami terlebih dahulu. Terima Kasih.

Tuesday, September 9, 2008

Kenapa Keli Kanvas?

Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya apa keistimewaannya keli kanvas berbanding ikan keli biasa yg diternak didalam kolam tanah. Disini kami senaraikan keistimewaan keli yg diternak didalam kanvas berbanding ikan keli biasa.

  • IKAN KELI BERPROTEIN TINGGI - protein dan kandungan asid lemak Omega 3 yang baik untuk kesihatan.
  • KURANG BERBAU HANYIR - digemari untuk pemakanan oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.
  • IKAN CEPAT MEMBESAR DALAM 2 BULAN - membolehkan mendapat pulangan yang cepat dan mempunyai nilai ekonomi.
  • TIDAK MEMERLUKAN KAWASAN YANG LUAS - kos pembangunan dan operasi yang rendah
  • MUDAH - Mudah diternak dan dibiakkan, tahan lasak terutama dari serangan penyakit, perubahan cuaca dan persekitaran.
  • LUMAYAN - Dengan harga yang kompetitif dan harga pasaran yang baik mendatangkan pulangan yang lumayan.
  • KEPELBAGAIAN - Mempunyai prospek pasaran yang luas melalui kepelbagaian produk halal yang boleh dihasilkan daripada ikan keli.
  • KEMASYARAKATAN - Memberikan pelbagai peluang pekerjaan untuk menambah pendapatan masyarakat seperti golongan ibu tunggal dan berpendapatan sederhana.
  • MODAL INSAN - Memberikan latihan dan kemahiran teknologi kepada golongan belia dan penduduk luar bandar.



  • Jadi kepada sesiapa yg ingin memulakan ternakan keli dalam kanvas amat kami alu-alukan. Ianya boleh menambah pendapatan kita dikala suasana ekonomi yg tidak tentu ini atau mungkin menjadi sumber pendapatan utama jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Jika memerlukan khidmat nasihat dari kami Keli Tiga, sila hubungi kami ditalian yg disediakan atau email sahaja kepada kami. Industri pemakanan adalah industri yang menguntungkan. Dengan keazaman, kesungguhan dan ketabahan, tiada yg mustahil dicapai. Hubungi kami segera. Manalah tahu suatu hari nanti kita akan sama-sama menjadi satu rangkaian pengeksport utama ikan keli keseluruh asia atau dunia. Terima kasih.

    Keli Tiga

    Monday, September 1, 2008

    Memulakan Tenakan keli dalam Kanvas

    Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan bidang penternakkan ikan keli secara kanvas dan ingin mendapatkan senarai keperluan peralatan serta khidmat nasihat percuma, sila hubungi kami ditalian yg di sediakan.senarai harga boleh dirunding akan diberikan kepada sesiapa yg ingin memulakan bisnes ini.

    senarai pembekalan alatan permulaan ternakkan ikan keli :-

    • kanvas ( 10' x 6' )
    • rangka kolam berasaskan besi ( iron based frame )
    • makanan ikan ( starter & grower pallets- Cargill Keli King )
    • topi penternakkan ( mengelakkan dari UV ray - Australia )
    • S1 ( ubat pelbagai guna untuk penyakit ikan )
    • EM ( effective micro - bagi penumbuhan plankton semulajadi utk tumbesaran ikan )
    • Pump & Blower bagi kolam
    • Piping inlet & outlet bagi kolam kanvas
    Hubungi kami segera dan kami akan memberikan yg terbaik untuk anda. Mari kita bersama meningkatkan taraf ekonomi kita. Selamat berpuasa untuk semua umat Islam.

    Lahir usahawan benih ikan secara sistematik

    KUALA LUMPUR: Seramai 300 usahawan benih keli dan spesies ikan air tawar lain bakal dilahirkan secara sistematik dan berkelompok sebagai usaha membangunkan industri ternakan ikan air tawar yang masih kekurangan benih ternakan berbanding permintaan yang tinggi dalam negara.

    Usaha berkenaan bakal dilaksanakan menerusi Projek Ketiga AgroHUB 2008-2010 yang antara lain merangkumi kursus pembenihan keli aruhan pada 13 dan 14 September depan, bertempat di Pusat Latihan Belia Bukit Lagong, Selayang, Selangor.

    Ketua Pengarah Projek AgroHUB, Norzana Rafie, berkata program yang menjadi agenda pembangunan sektor pertanian itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan benih keli berilmu dan berkemahiran tinggi di negara ini.

    Menurutnya, kursus berbentuk kemahiran itu sering menjadi pilihan orang ramai kerana dengan kemahiran yang dipelajari, mereka berpeluang mengusahakan sesuatu projek pertanian dan dapat menjana pendapatan yang memberansangkan.

    Sehubungan itu, katanya orang ramai yang ingin turut serta mendalami kemahiran pembenihan keli aruhan itu boleh mendaftar diri mulai sekarang dengan menghubungi talian 03-6187 3796 atau 019-3310985.

    “Pemilihan kursus ini dibuat memandangkan permintaan terhadap benih keli meningkat berkali ganda sedangkan pengeluarannya pada masa ini tidak dapat menampung permintaan yang begitu tinggi.

    “Anak keli yang bermutu tinggi mendapat permintaan di luar jangkaan dengan harga seekor bersaiz 3 inci semakin meningkat daripada 0.08 sen kepada 0.15 sen.

    “
    Dalam erti kata lain, masa depan terhadap perusahaan ternakan ikan air tawar ini dilihat semakin cerah berdasarkan trend permintaan ikan keli mentah di pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

    Sumber - www.hmetro.com.my

    Friday, August 8, 2008

    Rekod Terbaru

    Hari ini, tanggal 8/8/08 kolam kami mencatat rekod dimana kami mencapai kematian sifar benih keli. Biasanya benih keli akan mati setiap hari dan ini adalah perkara biasa. Tetapi atas inisiatif dan mengutamakan kebersihan dan kesihatan keli, kami mengambil beberapa langkah dan ternyata ianya berkesan. Kami berjaya mengurangkan jumlah kematian dan meningkatkan kualiti air agar benih lebih tahan dan kuat.

    Tuesday, August 5, 2008

    Kedah Rancang Komersialkan Ternakan Ikan Keli

    ALOR STAR, 26 Julai (Bernama) -- Kedah merancang untuk mengkomersialkan ternakan ikan keli ke pasaran luar negara khususnya negara Timur Tengah pada penghujung tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Beliau berkata kerajaan negeri mempelawa syarikat tempatan yang berminat memasarkan ikan keli secara hidup atau ditinkan yang sehingga kini mendapat permintaan tinggi di Turki.

    Selain menjana ekonomi negeri, beliau berkata ternakan itu juga mampu menjana pendapatan isi rumah kerana kos menternak ikan keli adalah murah dan mudah."Sesiapapun boleh bela ikan keli sebab ikan ni senang nak jaga, lagipun ternak ikan ni tak perlu bajet yang banyak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan ke-28 Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kedah di sini hari Sabtu.Katanya kerajaan sentiasa memberi galakan supaya rakyat Kedah menternak ikan keli di rumah agar mereka boleh menjadi pembekal kepada syarikat yang akan mengkomersialkan ikan itu.Azizan berkata kerajaan negeri melalui Agro Kedah dan kerjasama syarikat korporat yang lain akan berusaha mempelbagaikan resepi masakan ikan itu untuk diperkenalkan ke luar negara.

    Katanya dengan projek yang bakal dilakukan, tidak mustahil satu hari nanti sardin ikan keli dari Kedah akan digunakan oleh Tabung Haji untuk dijadikan makanan rakyat Malaysia yang menunaikan umrah atau haji.
    Sementara itu, beliau berkata Kedah sedang mengusahakan projek mega ternakan ikan patin di Tasik Pedu, Kuala Nerang yang menelan perbelanjaan RM15 juta dan pelabur dari Amerika Syarikat telahpun menunjukkan minat

    .-- BERNAMA

    Selepas 25 Hari




    25 hari yang lalu kami telah memasukkan benih yang bersaiz lebih kurang 1 - 2 inci panjangnya. Selepas penjagaan yg rapi selama 25 hari, inilah hasilnya. Ikan kami sekarang bersaiz 3 - 4 inci panjang.