Thursday, February 26, 2009

Penambahan Kolam bagi menampung pasaran

Kami di kelitiga sedang dalam proses penambahan kolam ikan keli kanvas kami bagi memenuhi permintaan ikan keli domestik.Pada hari ini kerja-kerja penolakkan dan perataan permukaan tanah dijalankan.Dijangkakan sebanyak 12 kolam kanvas bersaiz 10' x 6' x 3' akan dimuatkan lagi ditanah yang sama dalam masa sebulan dari sekarang.


Dimasa hadapan setelah penambahan kolam tersebut berjaya dijangkakan lebih dari 2 tan per harvest mampu dikeluarkan.Sasaran kami dikelitiga adalah bagi mewujudkan pasaran ikan keli organik sebanyak 2 tan sebulan untuk dipasarkan dipasaran seluruh Malaysia terutama di kawasan Kedah dan pasaran utara.

Kenaikkan mendadak pasaran ikan keli adalah bagi pasaran produk aliran seperti keli sardin dan bebola ikan keli yang telah pun dijalankan oleh pihak tertentu.Bagi menjayakan projek ini lebih banyak lagi keperluan ikan keli diperlukan untuk menjadikan produk tersebut.

Tuesday, February 24, 2009

Cecair Effective Mikro (EM) untuk Akuakultur

Nama produk : Actimax
Komponen Bakteria : Photosistesis bacteria,Lactic Acid Bacteria,Yeast,Actinomicete,Acetobacter

Ciri-ciri produk dan kesan-kesan penggunaan:

Produk ini menggunakan bioteknologi EM,menggabungkan keistimewaan akuakultur,untuk mengubahsuai asas probiotik.Pelbagai bakteria yang sempurna,melalui kemahiran proses fermatasi supaya bakteria-bakteria tersebut boleh dipilih menjadi sebahagian produk ini.Ia imempunyai nutrisi bagi keperluan akuakultur.

Ia boleh meningkat pencernaan,penyerapan, dan seterusnya menambah keupayaan ketahanan kultur spesis supaya mengubahsuaikan kesihatan ikan,udang,ketam dan katak.

Selepas penggunaan produk ini ,kualiti air menjadi lebih baik,decomposi makanan akuakultur yang tertinggal akan dipercepatkan.Ia juga akan menurunkan kualiti ammonia,nitrat dan pelbagai organik yang bertoksi dan selanjutnya menambah baik keadaan larutan oksigen air supaya kuantiti PLANKTON boleh ditingkatkan dalam air.

Selepas probiotik cecair tersebut dimasukkan didalam air ,bakteria yang menyebabkan penyakit dapat dikawal supaya bakteria-bakteria dan plankton yang berguna boleh ditumbuh dan akhirnya menambah baik keseimbangan ekosistem akuakultur.

Jika produk ini dimasukkan ke dalam air selepas penggunaan ubat disinfector dan antibiotik,keseimbangan ekosistem akuakultur yang telah dimusnahkan boleh dibaiki semula dan seterusnya mengelakkan kesan sampingan ubat disinfector dan antibiotik.

Penggunaan EM ini terbukti berkesan di kolam tanah,kanvas dan simen terutama untuk ikan keli.

Harga bagi sebotol 1.5 liter - RM40.00
Diskaun bagi 5 botol keatas.

Hubungi kami di kelitiga.

Saturday, February 21, 2009

Pasaran Ikan Keli Malaysia & Thailand

Jika anda berkecimpung didalam bidang penternakkan ikan keli,sama ada organik atau bukan organik,perkara pertama yg sering ditanya adalah tentang pemasaran.Dari segi pemasaran setelah saiz ikan telah mencapai saiz untuk dijual semua akan tertanya dimana hendak dijual dan bagaimana?

Kebiasaannya saiz pengeluaran ikan keli untuk dijual mengikut permintaan pelanggan.Di Malaysia antara saiz yang dijual adalah pada kira-kira 6 atau 7 ekor per kilo.Ini untuk pasaran restoran,kantin,hotel,pasar tani,pasar basah,tesco dan tempat makan-makan di Malaysia.Untuk catering kenduri selalunya saiz sebanyak 8 atau 9 ekor per kilo.

Disamping itu produk aliran juga memainkan peranan.Bagi pelanggan yang memproses ikan keli untuk produk serunding keli,saiz ikan yg diperlukan adalah saiz 1 ekor per kilo bagi mendapatkan hasil serunding yang banyak.Begitu juga bagi produk aliran untuk dijadikan ikan sardin yang agak lama telah dijalankan di Kelantan dan boleh dikatakan telah berjaya.Bagi Kedah dan Perlis berita gembira jika kilang tersebut berjaya didirikan di negeri tersebut.Saiz ikan keli yang digunakan adalah seperti saiz 6-7 ekor per kilo.Namun hanya ikan keli kanvas,tong hitam,kolam simen sahaja.Keli yang diternak sebegini mempunyai tulang yang keras untuk ditinkan didalam tin sardin dan di eksport.Tambahan pula nilai protein dan Omega 3 yang tinggi.

Lain pula cerita bagi pasaran Thailand.

Ramai juga penternak ikan keli di Malaysia yang menjual hasil ikan keli di Thailand.Saiznya 1 ekor per kilo.Jika hasil seorang penternak sebanyak 2 tan.Harga bagi pasaran Thai adalah RM2.40.Memang lumayan.Tambahan pula keli pasaran ini tidak perlu keli organik.Keli diternak dalam tanah adalah yang terbaik kerana keli dalam tanah lebih cepat membesar.Dalam lingkungan 6 bulan mampu mencapai saiz 1 ekor per kilo.Ikan tersebuat pula akan dijadikan ikan keli filet dan dihantar ke pasaran Eropah dan USA.

Mengapa?

Ikan yang didapati akan dikuarantinkan selama tempoh tertentu di Thailand.Kemudian di beri makanan yang mampu meningkatkan kualiti ikan dari segi protein dan omega 3 bagi menembusi pasaran Timur tengah,Eropah dan USA.Kemudian mereka akan mengeksportnya ke Timur tengah,Eropah dan USA pada harga yang 3 kali ganda lebih mahal.

Persoalannya,Bilakah Malaysia mahu melakukan apa yang Thailand sudah lama mengaut keuntungan yang banyak ini?

Thursday, January 8, 2009

Gaya Pemakanan Organik

Baru-baru ini kita sering dengar tentang pemakanan organik. Didalam dada akhbar dan juga media massa sering kali membuat liputan tentang pemakanan organik. Di negara barat terutama di negara eropah yg maju dan di USA, gaya pemakanan oganik adalah adalah biasa dan telah lama wujud. Apa yg org barat pentingkan adalah kesihatan. Itulah tujuan pemakanan organik yg sebenarnya. Gaya pemakanan organik adalah gaya pemakanan yg sihat. Jadi setiap sumber makanan mereka adalah dari sumber pemakanan organik. Di negara kita antara celebrity yg mengamalkan pemakanan organik adalah Sazzy Falak.

Apakah pemakan organik tesebut???

Organik boleh juga didefinisikan sebagai sumber yg asli. Pihak Kesihatan pernah mengeluarkan kenyataan tentang ayam daging yg dimakan kebanyakan kita seharian, ayam tersebut disuntik dengan chemical yg membolehkan ayam tersebut menjadi cepat besar dan dijual. Untung dulu baru kira sihat. Ini adalah salah. Kesannya kepada kesihatan sehingga memboleh bawa mudarat seperti kanser dan lain-lain penyakit. Maka lahirlah ayam organik dari HPA dengan produk seperti Radix Fried Chicken. Dari segi kesihatan, ia amatlah baik. Tetapi adakah pemakanan organik ini terhad kepada ayam tersebut sahaja??? Sebenarnya TIDAK. Oleh kerana kurangnya promosi, sumber makanan organik di negara kita sukar diperolehi padahal hakikatnya pasarannya di negara kita amatlah luas. Soal harganya pula, hanya tinggi sedikit berbanding dengan yg biasa tetapi ianya amat berbaloi untuk kesihatan.

Di negara kita sebenarnya pemakanan organik amat dituntut oleh doktor2 dan pakar pemakanan.

Mengapa pemakanan organik???

Secara amnya semua orang tahu tentang pemakanan organik untuk kesihatan. Kenapa??? Sebabnya pemakanan organik ini mempunyai protein yg tinggi, bebas bahan kimia, rendah lemak, omega 3 yg tinggi, dan zat2 lain yg baik untuk kesihatan.

Kenapa keli kanvas adalah organik??

Klasifikasi organik sesuatu ternakan bergantung kepada sumber makanan yg diberi kepada ternakan. Maksudnya, utk menghasilkan ternakan yg organik, sumber makanan yg diberi kepada ternakan perlulah berasal dari bahan yg organik juga. Contohnya palet ikan keli. Palet ini berprotein tinggi dan rendah lemak serta dibuat dari campuran bahan-bahan organik serta bebas kimia. Hasilnya, ikan yg membesar dengan pemakanan berkhasiat itu akan menjadi ikan yg lebih berkhasiat serta jauh lebih bermutu (kurang hanyir dan lemak) berbanding ikan yg dibesarkan dengan makanan seperti perut haiwan, bangkai ataupun najis haiwan lain.

bersambung....

Sunday, January 4, 2009

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah dan Tahun Baru 2009

Alhamdulillah kita masih bernafas utk terus mengecapi nikmat Allah S.W.T ditahun baru ini. Tidak kira baik atau buruk tahun 2008 atau 1429h yg kita lalui, anggaplah ia sebuah ujian dan nikmat dari Illahi dan bersyukurlah diatas segalanya.

Seperti biasa, sesebuah tahun baru akan menjadi satu titik permulaan untuk sesuatu azam yg semestinya untuk kebaikan. Kita digalakkan berhijrah supaya masa depan kita lebih baik. Hijrah dari keburukan ke kebaikan, dari baik kearah yg terbaik. Diharap kemelesetan ekonomi yg membelenggu kita kebelakangan ini menjadi pendorong untuk kita berusaha lebih gigih untuk keluar dari belenggu tersebut.

Seperti semua sedia maklum, keadaan ekonomi dunia yg tidak menentu selama ini menjejaskan byk sektor di Malaysia. Dijangkakan ditahun 2009 ini, keadaan ekonomi dunia akan bertambah parah. Tetapi rakan-rakan ternak sekalian harus sedar bahawa antara salah satu sektor yg kukuh dan kurang terjejas adalah sektor pertanian (makanan). Ini kerana makanan adalah satu keperluan dan permintaan terhadap bahan makanan tetap tinggi walau apa situasi sekalipun. Jadi ini adalah kelebihan kita yg berada didalam sektor ini. Jika kita gigih berusaha, walaupun secara sampingan, bidang pertanian sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk keluar dari belenggu kesan dari kejatuhan ekonomi kini.

Jadi diharapkan lebih ramai orang melayu melibatkan diri didalam pertanian dan sama-sama kita membina rangkaian bumiputera yg berdayasaing serta maju dari segi ekonomi dan tidak mustahil suatu hari nanti bidang pertanian dimonopoli oleh bumiputera. Pada masa itu kita dapat membantu menaikkan taraf ekonomi bangsa melayu kita selain membuka minda mereka untuk berusaha dan tidak terus ditakuk dan pemikiran yg lama dimana kebanyakan orang melayu cepat merasa "selesa" dgn apa yg ada.

Bukan hendak menjadikan melayu tamak, tetapi hakikatnya tanpa kuasa didalam ekonomi, kita takkan mampu membantu bangsa serta agama kita sendiri malahan lebih teruk, mungkin ditindas oleh bangsa dan agama yg mempunyai kuasa ekonomi. Seperti yg berlaku didunia masa kini, Amerika serta yahudi amat berkuasa kerana kekuatan ekonomi mereka dan mereka sesukahati melakukan apa yg mereka mahu. Jika dilihat didalam negara kita pula, perkara sama turut terjadi cuma tanpa disedari oleh segelintir kita.

Jadi diharapkan 1430 hijrah dan 2009 ini menjadi titik permulaan untuk bangsa melayu bangun dan berhijrah untuk sesuatu yg lebih baik. Demi menaikkan serta menjaga agama serta bangsa kita. Keluar dari rasa "selesa" yg realitinya tidak selesa. Kita sepatutnya merasa selesa hanya bila agama dan bangsa kita terbela. Selesa melihat rumah-rumah yg besar dihuni oleh saudara-saudara kita. Tiada lagi yg tinggal dipondok-pondok buruk. Selesa melihat agama kita terbela dan azan-azan terus dilaungkan. Selesa melihat anak dan cucu kita selesa. Itulah erti KESELESAAN yg akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yg berusaha, bertawakal dan tidak berputus asa. Marilah kita sama-sama berazam untuk masa depan agama dan bangsa kita yg lebih cemerlang. Kami di KeliTiga ingin mengucapkan selamat menempuh tahun baru dengan azam yg baru. Semoga Allah S.W.T memberkati kita semua. Insya-Allah.

Sunday, November 23, 2008

Kedah perkenal ikan keli dalam tin

ALOR STAR 22 Nov. – Pusat Pelaburan Kedah (KIC), anak syarikat kerajaan negeri memperkenalkan produk terbarunya iaitu coklat buatan tangan berperisa kopi dan durian serta ikan keli dalam tin yang dijangka berada dalam pasaran seawal-awalnya bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ikan keli yang diternak secara organik itu akan ditinkan dalam empat perasa iaitu lada hitam, kari, kari pekat dan sos tomato dengan menggunakan jenama La’zatt.

Buat permulaan, kata beliau, ikan keli dalam tin itu akan diperkenalkan dalam pasaran tempatan sebelum meneroka pasaran luar negara selepas KIC membuat beberapa kajian termasuk daripada sudut teknikal.

‘‘Pertama sekali, kita dalam proses untuk mendapatkan sijil halal, barulah boleh kita lihat potensi untuk kembangkannya lagi. Buat permulaan, produk ikan keli akan ditinkan menerusi kilang yang dilantik secara kontrak oleh KIC.

“ Tetapi pada masa depan, kita akan bina kilang sendiri dengan menelan pelaburan beberapa juta ringgit,” katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Ikan Keli Dalam Tin La’zatt dan Coklat Pastee, Majalah New Passage serta logo Institut Tenaga dan Hydrokarbon Kedah Australia (Kasehi) di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Bioteknologi, Pembangunan Usahawan dan Sains serta Inovasi Negeri, Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif KIC, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali.

Sementara itu, dalam ucapannya sebelum itu, Menteri Besar berkata, coklat berjenama Pastee pula sesuai untuk pasaran dalam negara dan Asia serta boleh dijadikan ‘buah tangan’ kepada pelancong yang mengunjungi Kedah untuk dibawa pulang.

Wednesday, October 15, 2008

Mari Beli Ikan Keli

Sekarang anda boleh membeli ikan keli organik terus dari kolam kami dengan harga serendah RM5 sekilogram. Ikan kami dijamin tidak hanyir dan berlemak (kerana faktor pemakanan yg bersih).

Kepada sesiapa yg berminat untuk kami membekalkan ikan keli (yg siap diproses) kepada mereka (harian, migguan atau bulanan) bolehlah menghubungi kami ditalian yg disediakan. Penghantaran percuma juga disediakan (sekitar Alor Star).

Kepada sesiapa yg ingin mengambil ikan keli kami secara pukal/borong juga bolehlah menghubungi kami. Kami sedia untuk berbincang dengan pihak anda. Terima kasih.