Sistem ternakan
Apa jua sistem ternakan yang dipraktikkan, rekabentuk serta susun atur kawasan ternakan hendaklah strategik dan sesuai. Beberapa perkara penting perlu diberi penekanan iaitu:
Sistem penukaran air yang cekap dan mudah dijalankan
Pungutan hasil dapat dijalankan dengan mudah dan dengan penyelenggaraan yang minima
Elakkan kemasukan ikan liar yang berkemungkinan membawa penyakit
Pemilihan tapak ternakan
Lokasi
Lokasi dipilih mempunyai cuaca yang stabil. Ianya bukan kawasan kering ataupun bukan kawasan hujan yang tinggi.Kemudahan infrastruktur
Bekalan elektrik, air paip, telefon dan jalanraya sedia ada.Punca air
Berhampiran dengan kawasan ternakan bagi memudahkan pemerhatian dibuat
Berkualiti, sesuai dengan pemilihan spesis ikan yang diternak dan mencukupi
Bebas dari percemaran
Bebas dari ikan liar yang berkemungkinan besar membawa penyakit
Tanah
Tidak mengandungi asid sulfat yang tinggi kerana pH air yang rendah <6.5>Benih
Benih yang berkualiti
Selalunya dihasilkan oleh unit hactheri (asuhan) yang mengamalkan pengurusan nurseri dan induk yang sistematik. Ini akan menghasilkan induk yang sihat dan seterusnya menghasilkan anak benih yang berkualiti.Penggunaan bahan kimia dan antibiotik
Rawatan secara terkawal dapat mengelakkan rintangan kepada serangan patogen dan seterusnya meningkatkan daya ketahanan badan ikan terhadap jangkitan penyakit berjangkit.Teknik penghasilan benih
Pembiakan secara `culling' dan selective boleh membaiki mutu benih agar tahan penyakit. Elakkan ‘inbreeding’, kerana ia akan menghasilkan benih yang lemah dan tidak tahan serangan penyakit.Pelepasan benih
Antara aktiviti yang dijalankan:
Memastikan mutu air sesuai dengan spesis ikan yang diternak.
Benih ikan dikuarantin selama seminggu dan diberi rawatan profilaksis (formalin 25ppm dan garam 1000ppm) dengan pengudaraan yang cukup. Benih-benih yang tidak sihat diasingkan, hanya benih yang sihat/aktif sahaja dipilih.
Perlepasan benih dilakukan diwaktu pagi dan petang untuk mengurangkan `heat stress' pada ikan.
Air merupakan medium untuk ikan hidup. Pemeriksaan kualiti air perlu dilakukan dengan lebih kerap agar masalah dapat dikesan pada peringkat awal terutama apabila berlaku perubahan cuaca seperti hujan, panas terik, dan kemasukan air baru. Penggunaan alat mengukur kualiti air seperti oksigen meter, pH meter dan jangkasuhu (thermometer), sebaik-baiknya disediakan jika mampu.
Pertukaran air kolam perlu dilakukan pada kadar 5-10% bagi sistem pengaliran air secara berterusan. Bagi sistem aliran air yang statik, air kolam perlu ditukar sebanyak 30% apabila warna air kolam telah bertukar kepada hijau pekat dan terdapat banyak zarah terampai di permukaan air (green alga). Salur air masuk perlu dipasang penapis, jaring atau pasir dan batu kerikil bagi menghalang kemasukan ikan liar, siput, serangga air dan kotoran.
Jadual 1: Kriteria mutu air yang sesuai untuk ternakan
PARAMETER (mg/l) atau ppm | Tahap Normal | Paras yang boleh diterima |
Alkaliniti (mg/l CaCO3) | 30-130 | >20 |
pH (unit) | 6.5-8.5 | 6.5-8.5 |
Bahan terampai | 25-80 | 80-400 |
Suhu (oC) | 27-30 | �5 |
Oksigen terlarut (O2) | >5.0 | >20 |
Ammonia (NH3) | 0.02 | 0.2 |
Fosfat (PO42-) | 0.002 | 0.05 |
BOD | <2 | <2 |
Ferum (Fe) | 0.01 | 1.0 |
Nitrat (NO3-) | 42 | 100 |
Karban dioksida (CO2) | 0-15 | <25 |
Sulfat (SO42-) | 0.002 | - |
Ternakan sangkar tidak memerlukan penukaran air, walaubagaimanapun ia terdedah kepada risiko pencemaran yang tinggi. Perubahan fizikal-kimia parameter air yang ketara berlaku apabila terdapat perubahan cuaca pada persekitaran.
Masalah kritikal bagi ternakan sangkar biasanya erlaku pada musim kemarau atau tengkujuh dimana terdapat perubahan besar kepada kualiti air. Oleh yang demikian perancangan perlu dilakukan supaya masa ternakan ikan diperingkat asuhan tidak menempuh kedua-dua musim tersebut.
Jadual 2: Kesan kejatuhan mutu air ke atas ikan
Parameter Air | Perubahan Patologi dan Tanda Klinikal | |
1. Ammonia toksisiti | kematian akut, ‘hyperexcitability’ - melompat-lompat dipermukaan air, kurang makan, tumbesaran terbantut dan insang rosak (kes kronik). | |
2. Nitrit toksisiti | dyspnea (susah bernafas), lemah dan berada dipermukaan air. Darah berwarna coklat (methaemoglobinaemia), insang pucat dan berwarna coklat. | |
3. Karbon dioksida tinggi | pengasidan air (pH rendah), dyspnea (tercungap-cungap dipermukaan air). | |
4. Kekurangan oksigen | ikan tidak aktif, ikan berkumpul berdekatan punca air masuk atau saluran paip aeration, anorexia atau kurang makan, tercungap-cungap dipermukaan air dengan opecula terbuka. | |
5. Kekeruhan tinggi | menghalang penembusan cahaya untuk fotosintensis, mengurangkan kandungan oksigen didalam air. | |
6. Dedahan suhu tinggi berpanjangan | ikan kurang selera makan, FCR rendah, tidak tentu arah (restless), tumbesaran terbantut. |
Rujukan tambahan - PEMAHAMAN ASAS - ASAS MUTUAIR
Penggunaan makanan yang seimbang dan berkualiti memastikan kadar tumbesaran yang cepat, meningkatkan status kesihatan dan seterusnya meningkatkan ketahanan ikan melawan penyakit.
Kekurangan nutrient tertentu didalam makanan mengakibatkan ikan mengalami penyakit kekurangan nutrien (nutritional deficiency syndrome). Contoh: ikan keli mengalami retak kepala akibat kekurangan vitamin C.
Makanan terdiri daripada jenis starter dan grower. Diperingkat tumbesaran ikan diberi pemakanan jenis grower dengan nilai protein yang tinggi, contoh: ikan tilapia (28-32%).
Pemberian makanan perlu secukupnya(optima) dan tanpa berlebihan. Kadar pemberian makanan bagi ikan diperingkat asuhan ialah sebanyak 5-6% berat badan ikan dan 3% bagi ikan melebihi 30g ke atas.
Simpan makanan ditempat kering agar tidak dijangkiti fungus. Penyimpanan yang terlalu lama akan merendahkan kualiti makanan.
*dipetik dari www.fri.gov.my
No comments:
Post a Comment