Friday, August 8, 2008

Rekod Terbaru

Hari ini, tanggal 8/8/08 kolam kami mencatat rekod dimana kami mencapai kematian sifar benih keli. Biasanya benih keli akan mati setiap hari dan ini adalah perkara biasa. Tetapi atas inisiatif dan mengutamakan kebersihan dan kesihatan keli, kami mengambil beberapa langkah dan ternyata ianya berkesan. Kami berjaya mengurangkan jumlah kematian dan meningkatkan kualiti air agar benih lebih tahan dan kuat.

Tuesday, August 5, 2008

Kedah Rancang Komersialkan Ternakan Ikan Keli

ALOR STAR, 26 Julai (Bernama) -- Kedah merancang untuk mengkomersialkan ternakan ikan keli ke pasaran luar negara khususnya negara Timur Tengah pada penghujung tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Beliau berkata kerajaan negeri mempelawa syarikat tempatan yang berminat memasarkan ikan keli secara hidup atau ditinkan yang sehingga kini mendapat permintaan tinggi di Turki.

Selain menjana ekonomi negeri, beliau berkata ternakan itu juga mampu menjana pendapatan isi rumah kerana kos menternak ikan keli adalah murah dan mudah."Sesiapapun boleh bela ikan keli sebab ikan ni senang nak jaga, lagipun ternak ikan ni tak perlu bajet yang banyak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan ke-28 Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kedah di sini hari Sabtu.Katanya kerajaan sentiasa memberi galakan supaya rakyat Kedah menternak ikan keli di rumah agar mereka boleh menjadi pembekal kepada syarikat yang akan mengkomersialkan ikan itu.Azizan berkata kerajaan negeri melalui Agro Kedah dan kerjasama syarikat korporat yang lain akan berusaha mempelbagaikan resepi masakan ikan itu untuk diperkenalkan ke luar negara.

Katanya dengan projek yang bakal dilakukan, tidak mustahil satu hari nanti sardin ikan keli dari Kedah akan digunakan oleh Tabung Haji untuk dijadikan makanan rakyat Malaysia yang menunaikan umrah atau haji.
Sementara itu, beliau berkata Kedah sedang mengusahakan projek mega ternakan ikan patin di Tasik Pedu, Kuala Nerang yang menelan perbelanjaan RM15 juta dan pelabur dari Amerika Syarikat telahpun menunjukkan minat

.-- BERNAMA

Selepas 25 Hari




25 hari yang lalu kami telah memasukkan benih yang bersaiz lebih kurang 1 - 2 inci panjangnya. Selepas penjagaan yg rapi selama 25 hari, inilah hasilnya. Ikan kami sekarang bersaiz 3 - 4 inci panjang.

Monday, August 4, 2008

Pengurusan akuakultur, air dan pemakanan

Pengurusan akuakultur

Sistem ternakan
Apa jua sistem ternakan yang dipraktikkan, rekabentuk serta susun atur kawasan ternakan hendaklah strategik dan sesuai. Beberapa perkara penting perlu diberi penekanan iaitu:

  • Sistem penukaran air yang cekap dan mudah dijalankan

  • Pungutan hasil dapat dijalankan dengan mudah dan dengan penyelenggaraan yang minima

  • Elakkan kemasukan ikan liar yang berkemungkinan membawa penyakit

Pemilihan tapak ternakan

Lokasi
Lokasi dipilih mempunyai cuaca yang stabil. Ianya bukan kawasan kering ataupun bukan kawasan hujan yang tinggi.

Kemudahan infrastruktur
Bekalan elektrik, air paip, telefon dan jalanraya sedia ada.

Punca air

  • Berhampiran dengan kawasan ternakan bagi memudahkan pemerhatian dibuat

  • Berkualiti, sesuai dengan pemilihan spesis ikan yang diternak dan mencukupi

  • Bebas dari percemaran

  • Bebas dari ikan liar yang berkemungkinan besar membawa penyakit

Tanah
Tidak mengandungi asid sulfat yang tinggi kerana pH air yang rendah <6.5>

Benih

  • Benih yang berkualiti
    Selalunya dihasilkan oleh unit hactheri (asuhan) yang mengamalkan pengurusan nurseri dan induk yang sistematik. Ini akan menghasilkan induk yang sihat dan seterusnya menghasilkan anak benih yang berkualiti.

  • Penggunaan bahan kimia dan antibiotik
    Rawatan secara terkawal dapat mengelakkan rintangan kepada serangan patogen dan seterusnya meningkatkan daya ketahanan badan ikan terhadap jangkitan penyakit berjangkit.

  • Teknik penghasilan benih
    Pembiakan secara `culling' dan selective boleh membaiki mutu benih agar tahan penyakit. Elakkan ‘inbreeding’, kerana ia akan menghasilkan benih yang lemah dan tidak tahan serangan penyakit.

  • Pelepasan benih
    Antara aktiviti yang dijalankan:

  1. Memastikan mutu air sesuai dengan spesis ikan yang diternak.

  2. Benih ikan dikuarantin selama seminggu dan diberi rawatan profilaksis (formalin 25ppm dan garam 1000ppm) dengan pengudaraan yang cukup. Benih-benih yang tidak sihat diasingkan, hanya benih yang sihat/aktif sahaja dipilih.

  3. Perlepasan benih dilakukan diwaktu pagi dan petang untuk mengurangkan `heat stress' pada ikan.

Pengurusan Air

Air merupakan medium untuk ikan hidup. Pemeriksaan kualiti air perlu dilakukan dengan lebih kerap agar masalah dapat dikesan pada peringkat awal terutama apabila berlaku perubahan cuaca seperti hujan, panas terik, dan kemasukan air baru. Penggunaan alat mengukur kualiti air seperti oksigen meter, pH meter dan jangkasuhu (thermometer), sebaik-baiknya disediakan jika mampu.

Pertukaran air kolam perlu dilakukan pada kadar 5-10% bagi sistem pengaliran air secara berterusan. Bagi sistem aliran air yang statik, air kolam perlu ditukar sebanyak 30% apabila warna air kolam telah bertukar kepada hijau pekat dan terdapat banyak zarah terampai di permukaan air (green alga). Salur air masuk perlu dipasang penapis, jaring atau pasir dan batu kerikil bagi menghalang kemasukan ikan liar, siput, serangga air dan kotoran.

Jadual 1: Kriteria mutu air yang sesuai untuk ternakan

PARAMETER

(mg/l) atau ppm

Tahap Normal

Paras yang

boleh diterima

Alkaliniti (mg/l CaCO3)

30-130

>20

pH (unit)

6.5-8.5

6.5-8.5

Bahan terampai

25-80

80-400

Suhu (oC)

27-30

�5

Oksigen terlarut (O2)

>5.0

>20

Ammonia (NH3)

0.02

0.2

Fosfat (PO42-)

0.002

0.05

BOD

<2

<2

Ferum (Fe)

0.01

1.0

Nitrat (NO3-)

42

100

Karban dioksida (CO2)

0-15

<25

Sulfat (SO42-)

0.002

-

Ternakan sangkar tidak memerlukan penukaran air, walaubagaimanapun ia terdedah kepada risiko pencemaran yang tinggi. Perubahan fizikal-kimia parameter air yang ketara berlaku apabila terdapat perubahan cuaca pada persekitaran.

Masalah kritikal bagi ternakan sangkar biasanya erlaku pada musim kemarau atau tengkujuh dimana terdapat perubahan besar kepada kualiti air. Oleh yang demikian perancangan perlu dilakukan supaya masa ternakan ikan diperingkat asuhan tidak menempuh kedua-dua musim tersebut.

Jadual 2: Kesan kejatuhan mutu air ke atas ikan

Parameter Air


Perubahan Patologi dan Tanda Klinikal

1. Ammonia toksisiti


kematian akut, ‘hyperexcitability’

- melompat-lompat dipermukaan air,

kurang makan, tumbesaran

terbantut dan insang rosak (kes kronik).

2. Nitrit toksisiti


dyspnea (susah bernafas),

lemah dan berada dipermukaan air.

Darah berwarna coklat

(methaemoglobinaemia),

insang pucat dan berwarna coklat.

3. Karbon dioksida tinggi


pengasidan air

(pH rendah), dyspnea

(tercungap-cungap dipermukaan air).

4. Kekurangan oksigen


ikan tidak aktif, ikan berkumpul

berdekatan punca air masuk

atau saluran paip aeration,

anorexia atau kurang makan,

tercungap-cungap dipermukaan air

dengan opecula terbuka.

5. Kekeruhan tinggi


menghalang penembusan cahaya

untuk fotosintensis,

mengurangkan kandungan

oksigen didalam air.

6. Dedahan suhu tinggi berpanjangan


ikan kurang selera makan,

FCR rendah, tidak tentu

arah (restless), tumbesaran terbantut.

Rujukan tambahan - PEMAHAMAN ASAS - ASAS MUTUAIR

Pemakanan

  • Penggunaan makanan yang seimbang dan berkualiti memastikan kadar tumbesaran yang cepat, meningkatkan status kesihatan dan seterusnya meningkatkan ketahanan ikan melawan penyakit.

  • Kekurangan nutrient tertentu didalam makanan mengakibatkan ikan mengalami penyakit kekurangan nutrien (nutritional deficiency syndrome). Contoh: ikan keli mengalami retak kepala akibat kekurangan vitamin C.

  • Makanan terdiri daripada jenis starter dan grower. Diperingkat tumbesaran ikan diberi pemakanan jenis grower dengan nilai protein yang tinggi, contoh: ikan tilapia (28-32%).

  • Pemberian makanan perlu secukupnya(optima) dan tanpa berlebihan. Kadar pemberian makanan bagi ikan diperingkat asuhan ialah sebanyak 5-6% berat badan ikan dan 3% bagi ikan melebihi 30g ke atas.

  • Simpan makanan ditempat kering agar tidak dijangkiti fungus. Penyimpanan yang terlalu lama akan merendahkan kualiti makanan.

*dipetik dari www.fri.gov.my