Saturday, July 26, 2008

KEDAH MAHU EKSPORT IKAN PATIN, KELI

BALING Kedah merancang untuk membangunkan kawasan ternakan eksport ikan patin dan keli terutama untuk pasaran Asia Barat.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata,kerajaan negeri sedang berbincang dengan sebuah syarikat dari Amerika untuk menjalankan projek komersial itu di Tasik Pedu yang melibatkan kos sebanyak RM13 juta.

"Kerajaan negeri sedang berbincang untuk melaksanakan projek itu dengan sebuah syarikat bagi menjadikan Kedah negeri pengeluar ikan patin dan keli," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran tanah kepada 29 penduduk di daerah ini, di sini hari ini. Katanya, selain pasaran Asia Barat kerajaan negeri juga yakin produk tersebut akan
diperluaskan ke negara-negara lain.

"Kita berhasrat untuk menjadikan Kedah negeri pengeluar ikan patin dan keli terbesar dalam negara ini," ujarnya.

sumber : utusan Malaysia, Selasa 13 MEI 2008

No comments: