Sunday, May 17, 2009

KeliTiga - PenJuaLan Pukal

Kami di keli tiga baru2 ini telah mengadakan penjualan penghabisan stok ikan keli di kolam kami.Ini bagi menghadapi renovation keatas kolam kami dan juga penambahan kolam ikan keli sebanyak 12 kolam.Keli tersebut telah selamat sampai di kolam transit En. Bett di Kobah,Pendang menggunakan khidmat lori 2 Tan En. Keriey.

Sejumlah hampir seTengah Tan metrix dapat dijual bagi mengosongkan keseluruhan kolam-kolam di tempat kami.


En Edi dan Pak Lang melihat dan memikirkan bagaimana teknik terbaik bagi menimbang ikan untuk dipindahkan ke dalam lori.

Keadaan kolam yang kosong selepas ketiadaan ikan.

Di antara kolam ikan yang sempat diambik gambar sebelum hari hujan.

Ikan berkadar sain 5-6 ekor sekilo sedia untuk dimuatkan ke dalam lori.

Selepas ini kerja2 renovasi kolam dan penambahan kolam akan dapat dijalankan dengan lebih mudah.Renovasi yang dimaksudkan adalah bagi system piping dan pengairan yang lebih mantap disampaing penambahan 12 kolam kanvas dan 1 kolam simen untuk pembenihan dan ikan bersaiz kecil.

En. Azizul dalam temubual bersama Harian Metro mengatakan,"penambahan ini bagi menampung jumlah permintaan dalam pasaran",katanya.

Projek renovasi dan penambahan ini dijangka siap selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadhan.

No comments: