Saturday, February 21, 2009

Pasaran Ikan Keli Malaysia & Thailand

Jika anda berkecimpung didalam bidang penternakkan ikan keli,sama ada organik atau bukan organik,perkara pertama yg sering ditanya adalah tentang pemasaran.Dari segi pemasaran setelah saiz ikan telah mencapai saiz untuk dijual semua akan tertanya dimana hendak dijual dan bagaimana?

Kebiasaannya saiz pengeluaran ikan keli untuk dijual mengikut permintaan pelanggan.Di Malaysia antara saiz yang dijual adalah pada kira-kira 6 atau 7 ekor per kilo.Ini untuk pasaran restoran,kantin,hotel,pasar tani,pasar basah,tesco dan tempat makan-makan di Malaysia.Untuk catering kenduri selalunya saiz sebanyak 8 atau 9 ekor per kilo.

Disamping itu produk aliran juga memainkan peranan.Bagi pelanggan yang memproses ikan keli untuk produk serunding keli,saiz ikan yg diperlukan adalah saiz 1 ekor per kilo bagi mendapatkan hasil serunding yang banyak.Begitu juga bagi produk aliran untuk dijadikan ikan sardin yang agak lama telah dijalankan di Kelantan dan boleh dikatakan telah berjaya.Bagi Kedah dan Perlis berita gembira jika kilang tersebut berjaya didirikan di negeri tersebut.Saiz ikan keli yang digunakan adalah seperti saiz 6-7 ekor per kilo.Namun hanya ikan keli kanvas,tong hitam,kolam simen sahaja.Keli yang diternak sebegini mempunyai tulang yang keras untuk ditinkan didalam tin sardin dan di eksport.Tambahan pula nilai protein dan Omega 3 yang tinggi.

Lain pula cerita bagi pasaran Thailand.

Ramai juga penternak ikan keli di Malaysia yang menjual hasil ikan keli di Thailand.Saiznya 1 ekor per kilo.Jika hasil seorang penternak sebanyak 2 tan.Harga bagi pasaran Thai adalah RM2.40.Memang lumayan.Tambahan pula keli pasaran ini tidak perlu keli organik.Keli diternak dalam tanah adalah yang terbaik kerana keli dalam tanah lebih cepat membesar.Dalam lingkungan 6 bulan mampu mencapai saiz 1 ekor per kilo.Ikan tersebuat pula akan dijadikan ikan keli filet dan dihantar ke pasaran Eropah dan USA.

Mengapa?

Ikan yang didapati akan dikuarantinkan selama tempoh tertentu di Thailand.Kemudian di beri makanan yang mampu meningkatkan kualiti ikan dari segi protein dan omega 3 bagi menembusi pasaran Timur tengah,Eropah dan USA.Kemudian mereka akan mengeksportnya ke Timur tengah,Eropah dan USA pada harga yang 3 kali ganda lebih mahal.

Persoalannya,Bilakah Malaysia mahu melakukan apa yang Thailand sudah lama mengaut keuntungan yang banyak ini?

1 comment:

CikGu Naim said...

Singah sini kejap,teruskan usaha anda.